AMINUR RAHMAN dilahirkan di Dhaka, Bangladesh pada 1966 dan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang farmasi. Beliau merupakan penyair prolifik dari Bangladesh. Beliau telah menerbitkan enam kumpulan puisi persendirian dalam bahasa Bangladesh. Hasil karya beliau telah dialihbahasakan dalam 25 bahasa dunia. Beliau memiliki empat kumpulan puisi dalam bahasa Inggeris, tiga dalam bahasa Spanish, dalam bahasa Jerman, Jepun, Mongolia dan Arab. Beliau merupakan penyair tersohor dan seorang pengkritik. Beliau juga memiliki tiga buku prosa. Selaku penterjemah profesional, beliau telah menterjemahkan 10 buku puisi dan telah mengedit puisi-puisi dalam majalah puisi. Pernah mengedit buku Antologi Puisi dan Cerpen SAARC. Aminur Rahman pernah diundang untuk mendeklamasikan puisinya dalam majlis seni dan sastera, universiti, Pusat Kebudayaan Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Beliau pernah mewakili Bangladesh dalam Festival Puisi Columbia, Malaysia, Mongolia, India, Iraq, Jepun, Sri Lanka, Spain dan Nicaragua. Beliau telah dianugerahi Pingat Emas Chinggish Khaan pada 2006 dan Anugerah “Heaven Horse”oleh Akademi Kebudayaan dan Kesenian Mongolia pada 2015.